Sunday 11 December 2011

KISAH 4 PEMUDA SEJATI

 
Dengan berat hati kita harus diakui, keruntuhan moral masyarakat sekarang ini dilihat dari keruntuhan mentaliti pemuda-pemudinya. Walaupun orang dewasa pun banyak melakukan maksiat, kita boleh lihat pelaku seks bebas adalah pemuda, mat rempit adalah pemuda, peragut adalah pemuda, penyokong muzik barat adalah pemuda dan kebanyakan penagih dadah adalah pemuda.
Mudahnya, hancurnya masyarakat kita adalah jelas oleh kehancuran akhlak pemudanya. Kebanyakan pemuda pada masa ini sudah kehilangan segala-galanya;capability, identiti dan integriti.
Kisah berikut semoga boleh menjadi pelajaran berharga bagi kita. Kisah ini akan memberi gambaran kepada kita Bagaimana sesunggunya karakteristik ideal dari seorang pemuda. Dari cerita berikut setidaknya kita akan mendapat petunjuk mengenai takwa kepada Allah Swt, rasa tanggungjawab, mengambil berat, serta makna persaudaraan:
Pada Zaman Khalifah Omar Bin Khattab R.A, ada seorang pemuda sedang mengembara. Dia menggunakan unta yang akan digunakan sebagai kenderaannya.

Di tengah perjalanan, dia menemui sebuah tempat rehat yang ditumbuhi rumput hijau yang segar. Dia berhenti di situ untuk beristirahat sejenak. Pemuda itu kemudian duduk di bawah pohon. Kerana terlalu penat, akhirnya dia tertidur. Semasa dia tidur, tali untanya terlepas, sehingga unta itu merayau ke sana ke mari. Akhirnya, unta itu masuk ke dusun yang ada berdekatan. Unta itu memakan tanam-tanaman dan buah-buahan di dalam dusun. Unta itu juga merosakkan banyak tanamannya.
Penjaga kebun adalah seorang lelaki tua. Lelaki tersebut berusaha mengusir unta itu, namun dia tidak berjaya. Kerana bimbang unta itu akan merosakkan seluruh kebunnya, lelaki tua pun membunuhnya. Setelah terjaga, pemuda itu mencari untanya. Akhirnya, dia menemui unta itu telah bergelimpang mati di dalam kebun tersebut.
Pada masa itu, lelaki itu datang. Pemuda itu bertanya, “Siapa yang membunuh unta milikku ini?” Lelaki tua itu lalu menceritakan apa yang telah dilakukan oleh unta itu. Kerana risau akan merosakkan seluruh isi kebun, maka dia terpaksa membunuhnya.
Mendengar perkara itu, pemuda tak dapat menahan amarahnya. Oleh kerana tidak dapat mengawal kemarahannya serta-merta dia memukul lelaki tuan punya dusun itu. Malangnya, lelaki itu meninggal ketika itu juga. Pemuda itu amat menyesal atas apa yang dilakukan. Pada masa yang sama, datanglah dua orang pemuda yang merupakan anak kepada lelaki tadi.
Mengetahui ayahnya telah tidak bernyawa lagi dan disebelahnya berdiri pemuda itu, mereka lalu menangkapnya. Kemudian, keduanya membawa pemuda tadi menghadap Amirul Mukminin; Khalifah Omar bin Khattab RA.
Mereka berdua menuntut dilaksanakan qisas (hukum bunuh) kepada pemuda yang telah membunuh ayah mereka. Lalu, Khalifah Omar bertanya kepada pemuda tadi. Pemuda itu mengakui perbuatannya. Dia benar-benar menyesal atas apa yang telah dilakukannya.
Khalifah Omar lalu berkata, “Aku tidak punya pilihan lain kecuali melaksanakan hukum Allah terhadapmu”.Pemuda tadi dengan lapang dada menerima keputusan tersebut. Dia kemudian meminta kepada Khalifah Khalifah Omar, agar diberi waktu dua hari untuk pulang ke kampungnya, sehingga dia boleh berjumpa keluarganya serta boleh membayar hutang-hutangnya.
Khalifah Omar kemudian berkata, “Hadirkan padaku orang yang menjamin, bahawa kau akan kembali lagi kesini. Jika kau tidak kembali, orang itu yang akan diqisas sebagai ganti dirimu.”
Pemuda itupun menjawab,
“Wahai Amirul Mukminin, Aku orang asing di negeri ini, aku tidak boleh mendatangkan seorang penjamin.”
Salah seorang sahabat mulia, ABU DZAR AL-GHIFARI RA (yang ketika itu usianya boleh dikategorikan masih muda) secara kebetulan hadir di majlis tersebut. Beliau kemudian berkata, “Hai Amirul Mukminin, ini kepalaku, aku berikan kepadamu jika pemuda ni tidak datang lagi setelah dua hari.”
Dengan terkejut, Khalifah Omar berkata, “Apakah kau yang menjadi penjaminnya, wahai Abu Dzar, sahabat Rasulullah?,” “Benar, ya Amirul Mukminin,” jawab Abu Dzar lantang.
Pada hari yang telah ditetapkan untuk pelaksanaan hukuman qisas, orang ramai tidak sabar menantikan datangnya pemuda itu.
SANGAT MENGEJUTKAN! Dari jauh mereka melihat pemuda itu datang dengan memacu kudanya. Dia tiba di tempat pelaksanaan hukuman. Orang-orang memandangnya dengan penuh takjub.
Khalifah Omar bertanya kepada pemuda itu, “Mengapa kau kembali lagi ke sini anak muda, padahal kau boleh menyelamatkan diri dari maut?”
Pemuda itu menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, aku datang ke sini agar jangan sampai orang-orang berkata, ‘TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG MENEPATI JANJI DI KALANGAN UMAT INI’. Dan agar orang-orang tidak mengatakan, ‘TIDAK ADA LAGI PEMUDA SEJATI YANG BERANI BERTANGGUNGJAWAB PERBUATANNYA DI KALANGAN UMAT INI”
Lalu, Khalifah Omar melangkah ke arah Abu Dzar Al-Ghiffari dan berkata, “Dan kau wahai Abu Dzar, bagaimana kau boleh berani menjamin pemuda ini, padahal kau tidak kenal dengan pemuda ini?”
Abu Dzar menjawab, “Aku lakukan itu agar orang-orang tidak mengatakan BAHAWA TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG BERSEDIA BERKORBAN UNTUK SAUDARA SEAGAMA DALAM UMAT INI.”
Mendengar itu semua, dua orang pemuda anak lelaki yang terbunuh pun ikut berkata, “Sekarang tiba giliran kami, wahai Amirul Mukminin, kami bersaksi di hadapanmu bahawa pemuda ini telah kami maafkan, dan kami tidak meminta apa pun darinya! Tidak ada yang lebih utama dari memberi maaf jika mampu. Ini kami lakukan agar orang tidak mengatakan BAHAWA TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG BERJIWA BESAR, YANG MAHU MEMAAFKAN SAUDARANYA DI KALANGAN UMAT INI.”
SUBHANALLAH, Kisah di atas sangat mempesonakan. Inilah gambaran tentang pemuda sejati, pemuda-pemuda kaya hati. Keempat pemuda dalam kisah di atas menggambarkan kepada kita siapa itu Pemuda Sejati, Pemuda Impian banyak Hati.